Sejarah Timeless (album UVERworld)

Timeless edisi terhad

UVERworld telah melahirkan album pertama mereka, Timeless, pada 15 Februari 2006. Dalam album ini mereka telah menampilkan tujuh lagu baru, dua buah lagu dari single mereka (D-tecnoLife dan CHANCE!), tiga lagu versi album dan satu trek efek bunyi. Timeless menduduki tangga kelima dalam carta Oricon dan berjaya bertahan dalam carta tersebut selama 27 minggu. Album ini menduduki tangga ke-153 dalam carta jualan album Oricon 2006.[1]

Pada 22 November 2006, album ini telah dipasarkan sekali lagi dalam bentuk edisi istimewa (Special Edition) dalam tempoh sebulan iaitu dari tarikh pelancarannya sehingga 22 Disember 2006. Sebuah DVD turut disertakan yang mengandungi tiga video klip iaitu D-tecnoLife, CHANCE! dan just Melody. Temubual selama 30 minit turut disertakan iaitu welcome to UVERworld (complete) yang asalnya merupakan temubual dari single edisi terhad just Melody tetapi telah dipanjangkan.